fb fb fb fb fb

Artis rap, Coolio meninggal dunia pada usia 59 tahun

(Coolio,59, atau nama sebenarnya Artis Leon Ivey Jr. terkenal dengan single "Gangsta's Paradise,"
pada 1995 daripada album dengan nama yang sama/REUTERS)

LOS ANGELES, 29 September- Artis rap dan pemenang Anugerah Grammy, Coolio meninggal dunia pada Rabu selepas ditemukan tidak bernyawa di rumah rakannya di Los Angeles, lapor New York Times.

Coolio,59, atau nama sebenarnya Artis Leon Ivey Jr. terkenal dengan single "Gangsta's Paradise," pada 1995 daripada album dengan nama yang sama.

Lagu itu, menjadi hit selepas digunakan sebagai runut bunyi dalam filem Dangerous Minds, memenangi Anugerah Grammy untuk persembahan solo rap terbaik pada tahun berikutnya.

Menurut pengurusnya, Jarez Posey artis rap itu meninggal dunia kira-kira jam 5:00 petang di hospital tempatan.

Posey turut meaklumkan Ivey sebelum ini didapati tidak bertindak balas di bilik air di rumah rakannya.

Coolio, yang dilahirkan di Pennsylvania pada 1963, mula membuat persembahan sebagai sebahagian
daripada adegan hip-hop Pantai Barat selepas berpindah ke Compton, California.

Tiada laporan mengenai punca kematian.

Coolio, yang dilahirkan di Pennsylvania pada 1963, mula membuat persembahan sebagai sebahagian daripada adegan hip-hop Pantai Barat selepas berpindah ke Compton, California.

Beliau melancarkan album sulungnya, "It Takes a Thief", pada tahun 1994, dengan single "Lakeside" muncul sebagai 10 lagu terbaik tahun tersebut. -REUTERS

Media Baharu