fb fb fb fb fb

Daqmie lancar album 'Sahabat Selamanya', satukan empat kumpulan nasyid terkenal

HULU KELANG, 28 September - Komposer dan penyanyi berbakat besar, Daqmie buat julung kalinya melancarkan album sahabat selamanya yang menyatukan empat nama besar kumpulan nasyid terkenal tanahair iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam dan Mestica.

Album yang mengandungi 10 buah lagu itu merupakan keluaran syarikat milik Daqmie sepenuhnya dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai pengkaji dan peneliti perkembangan industri muzik nasyid di Malaysia.

Daqmie atau nama sebenarnya Azmee Abdul Manap menjelaskan idea untuk menghimpunkan sahabat-sahabat nasyid itu adalah untuk menarik kembali minat pendengar irama nasyid tempatan selain sebagai penghargaan kepada kumpulan tersebut.

(Daqmie / FOTO FB DAQMIE)

“Lagu-lagu tersebut adalah simbolik penghargaan serta hadiah kepada sahabat-sahabat sepanjang pengenalan kami. Tiada kos yang perlu sahabat nasyid keluarkan, hanya kesudian," katanya di Majlis Pelancaran Album Sahabat Selamanya di kompleks Finas, di sini.

Menariknya, album tersebut memuatkan empat buah lagu popular asal setiap kumpulan yang diberikan nafas baharu dengan Daqmie berduet bersama mereka untuk setiap lagu.

Antara lagu tersebut Pergi Tak Kembali, Fatamorgana, Kasih kekasih dan Layar Keinsafan.

Manakala enam lagu baharu yang telah mendapat sentuhan komposer serta penulis lirik terkemuka tanahair antaranya Datuk Habsah Hassan, Alfa Booty, Tam Spider, Aidit Alfian, Baiduri, Halim Ahmad, Keon, Isman Isam, Ito Lara serta Atie.

Album sahabat selamanya bakal menemui peminta di seluruh platform digital mulai 9 Oktober ini sempena sambutan Maulidur Rasul.

Media Baharu