JOHANNESBURG, 8 Mac- Artis Afrika Selatan yang memenangi Grammy, Tyla telah membatalkan jelajah dunianya yang hanya beberapa minggu sebelum ia bermula kerana kecederaan.
Bintang muzik yang semakin meningkat yang mendapat kemasyhuran antarabangsa tahun lalu dengan single hit "Water", berkata dia sedih selepas doktor menasihatkannya supaya tidak meneruskan jelajah berkenaan.
Menerusi satu hantaran di media sosial, artis berusia 22 tahun itu berkata sejak setahun lalu dia menderita dengan kesakitan yang akhirnya semakin memburuk.
"Saya telah berjumpa doktor pakar dengan harapan yang tinggi tetapi kesakitannya semakin tidak tertahan," kata Tyla di Instagram.
"Kata-kata tidak dapat menggambarkan kekecewaan saya pada titik penting dalam kerjaya saya ini.
"Jadi, harap maklum bahawa saya dan pasukan saya sedang berusaha bersungguh-sungguh dalam persembahan yang hebat untuk anda sebaik sahaja saya pulih dan bersedia untuk kembali di atas pentas".-AFP