LOS ANGELES, 6 November- Penyanyi dan Aaron Carter, 34, ditemukan tidak bernyawa di dalam tab mandi di kediamannya yang terletak di Lancaster, California.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh TMZ, jurucakap polis mengesahkab mereka telah menemui mayat Aaron yang juga merupakan adik kepada salah seorang anggota kumpulan Backstreet Boy iaitu Nick Carter pada jam 10.58 pagi.
Bagaimanapun, punca kematiannya masih dalam siasatan pihak berkuasa dan kediaman Aaron turut dipasang pita kawasan larangan..
Sebelum ini media pernah melaporkan Aaron bergelut dengan masalah kemurungan dan tekanan hidup selain dikatakan terlibat dengan pengambilan bahan terlarang.
Aaron juga pernah dimasukkan ke pusat pemulihan (rehab).
Aaron memulakan kerjaya dalam bidang muzik seawal usia tujuh tahun dan melancarkan album sulung berjudul Aaron Carter pada 1997 sehingga berjaya melonjakkan namanya.
Beliau kemudiannya menghasilkan album Aaron's Party (Come Get It) pada 2000, diikuti Oh Aaron (2001) dan Another Earthquake (2002).
Antara lagu hit nyanyiannya termasuklah Aaron's Party (Come Get It), That's How I Beat Shaq dan I Want Candy yang juga lagu saduran milik The Strangleloves.
(Penyanyi dan Aaron Carter, 34, ditemukan tidak bernyawa di dalam tab
mandi di kediamannya yang terletak di Lancaster, California/AFP)
Aaron juga mengembangkan kerjaya seni dengan menceburi bidang lakonan apabila muncul dalam pementasan teater muzikal serta program popular, Dancing With The Stars.
Menerusi satu temubual tiga tahun lalu, Aaron berkongsi pengalaman melawan pelbagai masalah mental. Antaranya, kecelaruan identiti, kemurungan dan skizofrenia.- AFP