TANGERANG SELATAN, 5 November- Kumpulan k-pop NCT 127 dipaksa memberhentikan konsert susulan 30 penonton dilaporkan pengsan akibat rempuhan.
Jurucakap polis, Endra Zulpan berkata konsert tersebut telah berlangsung selama 2 jam, sebelum insiden tolak-menolak antara penonton tercetus gara-gara mahu mendekati pentas utama.
"Bagi mengelak insiden lebih buruk, pihak polis telah memberhentikan konsert tersebut pada pukul 9.20 malam waktu tempatan",kata Zulpan kepada AFP.
(FOTO AFP)
Menurut seorang peminat, Syifa Aulia memberitahu insiden yang berlaku menyebabkan penghadang di hadapan pentas terjatuh.
"Kami berasa kecewa dengan sikap segelintir peminat yang memulakan insiden,meski dilarang oleh anggota kumpulan NCT 127," jelas Syifa Aulia kepada media.
Bagaimanapun, polis membenarkan konsert tersebut diadakan pada hari ini tetapi melarang pemberian cenderamata kepada peminat dan selain memastikan prosedur keselamatan yang ketat bagi mengelak insiden lebih buruk berlaku.
Minggu lalu,polis Jakarta telah membatalkan Festival Muzik 'Berdendang Bergoyang' setelah 30 penonton pengsan disebabkan melebihi had ruangan.-AFP