fb fb fb fb fb

25 pengayuh 'basikal spin' cipta sejarah MBOR

GEORGE TOWN, 23 Mac- Seramai 25 pengayuh basikal spin bakal memasuki sejarah Malaysia Book of Records (MBOR) jika berjaya dengan kayuhan 100 jam sehingga Ahad ini.

Aksi berbasikal memang merupakan satu bentuk riadah yang semakin mendapat tempat namun bukan semua orang akan mencuba sesuatu diluar jangkaan.

Terbaru, Central Muslim Society (SMS) dan Stayfitssunnah akan melalui gerbang sejarah dengan Percubaan Memecah Rekod di Malaysia dalam kategori ‘Longest Non-Stop Spin Bike Relay (100 hours) sekali gus akan terpahat sejarah dalam ‘The Malaysia Book of Records’ pada 23 Mac ini.

"Permulaan 23 Mac, kami ingin mencipta satu rekod selama satu jam, iaitu selama lima hari bermula pada 23 Mac dan akan berakhir 27 Mac pada pukul 6 petang," kata Dastagir Mohd Yassin sebagai wakil SMS kepada pemberita RTM pada majlis tersebut.

Kayuhan basikal spin-off ini akan melibatkan 25 peserta lelaki dan wanita dan akan berlangsung selama 5 hari 4 malam selama 24 jam.


(Bendahari Central Muslim Society (SMS), Dastagir Mohd Yassin ketika ditemu bual RTM pada majlis tersebut)

Tidak ketinggalan juga, kaum wanita turut menyertai aktiviti gaya hidup sihat ini yang sememangnya akan mendapat tarikan yang unik.

"Aktiviti berbasikal ini sudah lama diamalkan oleh rakyat Malaysia cuma pada zaman sekarang, basikal didatangkan dalam bentuk moden iaitu dikenali sebagai 'basikal spin' dan menjadi lebih popular ketika negara berada dalam zon Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," tambahnya.

Diharap kaedah ini menjadi instrumen terbaik dalam menjaga kesihatan rakyat khusus bagi peminat basikal.

Media Baharu