
DORAL, 10 Mac– Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa Iran tidak lagi mempunyai keupayaan membangunkan senjata yang boleh digunakan terhadap AS atau sekutunya selepas operasi ketenteraan Washington selesai.
RINGKASAN BERITA AI
- Tindakan AS bertujuan memastikan Tehran tidak meneruskan pembangunan senjata yang mengancam keselamatan sekutu.
- Trump mendakwa selepas operasi, Iran tidak lagi mampu membangunkan senjata yang boleh digunakan terhadap AS atau sekutu untuk jangka panjang.
- Kenyataan dibuat kepada wartawan ketika mengulas konflik dan tindakan ketenteraan sedang dijalankan oleh AS.
Menurut Trump, tindakan tersebut bertujuan memastikan Tehran tidak meneruskan pembangunan senjata yang boleh mengancam keselamatan negara sekutu AS.
“Selepas operasi ini selesai, mereka tidak lagi mempunyai keupayaan untuk tempoh yang lama bagi membangunkan senjata yang boleh digunakan terhadap Amerika Syarikat atau mana-mana sekutu kami,” katanya.
Trump berkata demikian kepada wartawan ketika diminta mengulas perkembangan konflik melibatkan Iran serta tindakan ketenteraan yang sedang dijalankan oleh AS. -REUTERS