Tiada kerosakan infrastruktur minyak dalam serangan AS di Pulau Kharg

Pemandangan Pulau Kharg Iran, yang menempatkan terminal eksport minyak mentah utama negara itu/ AFP

TEHRAN, 14 Mac – Tiada kemudahan infrastruktur minyak yang rosak dalam serangan Amerika Syarikat (AS) di Pulau Kharg, hab utama eksport minyak mentah Iran di Teluk, menurut laporan media tempatan, Fars News Agency pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiada kerosakan pada kemudahan minyak, menurut laporan Fars yang memetik sumber di Pulau Kharg.
  • Trump berkata serangan AS menyasarkan sasaran ketenteraan dan memberi amaran akan mensasarkan infrastruktur minyak jika Selat Hormuz disekat.
  • Iran memberi amaran akan menyasarkan infrastruktur minyak yang mempunyai kaitan dengan AS.
  • Operasi AS menyasar kemudahan pertahanan termasuk pangkalan laut Joshan, menara kawalan lapangan terbang dan depoh helikopter.

Fars News Agency melaporkan, memetik sumber di pulau berkenaan, bahawa tiada kerosakan berlaku pada kemudahan minyak selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan serangan AS hanya menyasar dan memusnahkan berkaitan ketenteraan.

Trump turut memberi amaran menerusi catatan di media sosial bahawa AS menyasarkan infrastruktur minyak di Pulau Kharg sekiranya Tehran terus menyekat Selat Hormuz yang merupakan laluan strategik perdagangan minyak dunia.

Iran turut memberi amaran akan menyasarkan infrastruktur minyak yang mempunyai kaitan dengan AS.

Menurut laporan Fars, operasi AS menyasarkan beberapa kemudahan pertahanan di pulau tersebut, termasuk pangkalan tentera laut Joshan, menara kawalan lapangan terbang serta depoh helikopter milik Iran Continental Shelf Oil Company.

Pulau Kharg terletak kira-kira 30 kilometer dari tanah besar Iran di Teluk, merupakan hab utama yang mengendalikan hampir 90 peratus eksport minyak mentah negara itu.-AFP