Tehran diserang hebat, Israel dakwa sasar markas IRGC

FOTO REUTERS

TEHRAN, 2 Mac – Ibu negara Iran, Tehran, diserang hebat pada malam Ahad apabila beberapa letupan dan kebakaran dilaporkan berlaku di seluruh bandar ketika siren serangan udara bergema di jalanan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Beberapa letupan dan kebakaran berlaku di Tehran malam Ahad, dengan siren serangan udara bergema di bandar.
  • Serangan dipercayai menyasarkan beberapa lokasi secara serentak di seluruh metropolis sekitar pukul 9 malam.
  • Kemudahan Penyiaran Republik Islam Iran (IRIB) dilaporkan antara yang terkena serangan.
  • Israel mendakwa menyerang ibu pejabat Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) di Tehran.

Serangan bermula sekitar pukul 9 malam, dipercayai menyasarkan beberapa lokasi secara serentak di seluruh metropolis itu.

Kemudahan penyiaran milik kerajaan, Penyiaran Republik Islam Iran (IRIB), dilaporkan antara yang terkena serangan.

Dalam perkembangan berkaitan, IRGC mengumumkan pelancaran gelombang kesembilan “Operation True Promise 4” yang menyasarkan Israel serta kepentingan Amerika Syarikat di rantau berkenaan.

Beberapa letupan turut dilaporkan di Baitulmaqdis dan lokasi lain di Israel susulan serangan peluru berpandu terbaru dari Iran.

Sementara itu, rejim Israel, mendakwa satu pusingan serangan udara dilancarkan ke atas Tehran menyasarkan ibu pejabat Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC). – REUTERS