Serangan berterusan di Gaza, kematian meningkat

Sebuah kereta terbakar di Al-Zawayda akibat serangan udara rejim Zionis menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut/ REUTERS

GAZA, 5 April – Serangan udara rejim Zionis Israel ke atas sebuah kereta di Al-Zawayda, di tengah Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya satu maut.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian Kesihatan Gaza: tembakan Israel meragut sekurang-kurangnya 700 nyawa sejak pelanggaran gencatan senjata.
  • Hamas menolak rundingan pelucutan senjata tanpa jaminan Israel sepenuhnya meninggalkan Gaza menurut pelan "Board of Peace" Trump.
  • Serangan dua tahun Israel didakwa meragut lebih 72,000 nyawa Palestin, kebanyakan orang awam, menyebabkan kebuluran, kemusnahan bangunan dan pengusiran berulang.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan tembakan Israel telah meragut sekurang-kurangnya 700 nyawa sejak gencatan senjata itu, selepas rejim Zionis mengingkari gencatan senjata yang dipersetujui pada Oktober lalu.

Hamas memberitahu perantara bahawa mereka tidak akan membincangkan penyerahan senjata tanpa jaminan Israel sepenuhnya meninggalkan Gaza seperti yang termaktub dalam pelan pelucutan senjata daripada “Board of Peace” Presiden AS, Donald Trump.

Israel, bersama AS, kini terlibat dalam konflik dengan Iran, manakala pasukan Israel turut melakukan serangan ke atas selatan Lubnan.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza serangan rejim Zionis selama dua tahun itu telah meragut lebih 72,000 nyawa rakyat Palestin, majoritinya orang awam.

Situasi yang berlaku di Palestin turut menyebabkan kebuluran, memusnahkan kebanyakan bangunan dan memaksa sebahagian besar penduduk wilayah itu berulang kali berpindah.- REUTERS