Sebuah lagi kapal terkena periuk api di Selat Hormuz

Foto fail AFP

TEHRAN, 13 November – Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Jumaat mendakwa sebuah kapal meletup selepas terkena periuk api di Selat Hormuz.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasukan itu tidak mendedahkan nama atau negara asal kapal terbabit.
  • Beberapa minggu kebelakangan ini Iran melaporkan berulang kali kebakaran atau letupan di kapal di Selat Hormuz.
  • Pihak tentera Amerika Syarikat mendakwa telah membersihkan laluan utama perairan itu daripada periuk api.
  • IRGC dakwa menyerang sistem radar amaran awal AS di Bahrain malam sebelumnya tetapi serangan belum disahkan.

“Beberapa jam lalu, sebuah kapal yang membawa gas asli cecair (LNG) di timur Selat Hormuz cuba melalui laluan tidak dibenarkan di bahagian selatan selat itu, namun terkena periuk api laut sebelum meletup dengan kuat,” menurut kenyataan IRGC pada Jumaat.

Bagaimanapun, pasukan itu tidak mendedahkan nama atau negara asal kapal berkenaan.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, angkatan tentera Iran berulang kali melaporkan kejadian kebakaran atau letupan di atas kapal yang berada di selat berkenaan, kebanyakannya dengan mendakwa kapal terbabit terkena periuk api.

Bagaimanapun, pihak tentera Amerika Syarikat (AS) mendakwa telah membersihkan laluan utama di perairan itu daripada periuk api.

Kor Pengawal Revolusi, sayap ideologi ketenteraan Iran turut mendakwa pasukannya melancarkan serangan terhadap sistem radar amaran awal milik AS di Bahrain, sekutu Washington di rantau Teluk yang menempatkan kemudahan ketenteraan Amerika, pada malam sebelumnya.

Bagaimanapun, serangan itu belum disahkan oleh pihak AS mahupun Bahrain. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.