Ribuan rakyat Iraq bantah serangan AS-Israel terhadap Iran

Penyokong Muqtada al-Sadr protes serangan AS dan Israel di Baghdad/Foto REUTERS

BAGHDAD, 5 April — Ribuan rakyat Iraq berhimpun di ibu negara pada Sabtu bagi membantah serangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peserta membawa bendera dan melaungkan slogan "tidak kepada Amerika, tidak kepada Israel".
  • Protes menolak dominasi kuasa asing di rantau serta menyeru kedaulatan rakyat.
  • Sabah Al Saadi menegaskan penolakan terhadap pencerobohan dan menuntut keamanan, kebebasan serta maruah.
  • Demonstrasi turut berlangsung di beberapa wilayah, mencerminkan sokongan meluas terhadap Iran.

Orang ramai berhimpun sambil membawa bendera dan melaungkan slogan “tidak kepada Amerika, tidak kepada Israel”.

Melain menyuarakan penolakan terhadap dominasi kuasa asing di rantau itu.

Pemimpin gerakan Iraq, Sabah Al Saadi berkata rakyat di negara itu menolak sebarang bentuk pencerobohan serta menegaskan aspirasi keamanan, kebebasan dan maruah di rantau berkenaan.

Seorang peserta, Sheikh Muhammad Al-Atwani turut mengecam serangan yang disifatkan menyasarkan kawasan awam termasuk sekolah.

Demonstrasi turut berlangsung di beberapa wilayah lain di Iraq, mencerminkan sokongan meluas terhadap Iran susulan peningkatan ketegangan di Asia Barat.

Konflik itu tercetus selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan operasi ketenteraan terhadap Iran pada 28 Februari lalu – VIORY