
PARIS, 17 Oktober – Ribuan penunjuk perasaan berarak di Paris pada Sabtu bagi membantah peningkatan kos sara hidup dan kekurangan dana dalam sistem pendidikan negara itu.
- Kesatuan sekerja dan pelajar sertai perhimpunan tuntut peruntukan sekolah lebih tinggi serta perubahan dasar pendidikan.
- Kementerian Kehakiman lapor 6,877 ditahan antara 28 Sept hingga 8 Okt, 86 peratus daripada mereka ialah bawah umur.
- Perdana Menteri akui kemarahan belia 'bukan tanpa sebab', janji langkah awal akhir Oktober, namun bela tindakan pasukan keselamatan.
Perhimpunan itu turut disertai kesatuan sekerja dan pelajar yang menuntut peningkatan peruntukan untuk sekolah serta perubahan dasar pendidikan.
Bantahan itu mencerminkan kemarahan rakyat terhadap peningkatan kos sara hidup dan kekurangan dana pendidikan.
Menurut Kementerian Kehakiman Perancis, seramai 6,877 orang ditahan polis antara 28 September hingga 8 Oktober, dengan 86 peratus daripada mereka ialah golongan bawah umur.
Perdana Menteri, Sebastien Lecornu, mengakui kemarahan golongan muda itu “bukan tanpa sebab” dan berjanji mengumumkan langkah awal menjelang akhir Oktober.
Bagaimanapun, beliau membela tindakan pasukan keselamatan yang berdepan tuduhan mengenakan tindakan keras terhadap penunjuk perasaan. -VIORY