Penerbangan di Amerika Syarikat berkurang 6%

WASHINGTON, 12 November – Syarikat penerbangan di seluruh Amerika Syarikat bakal mengurangkan penerbangan enam peratus bermula Selasa, walaupun terdapat keyakinan penutupan kerajaan persekutuan akan berakhir.

RINGKASAN BERITA AI
  • Syarikat penerbangan AS mengurangkan jadual penerbangan sebanyak enam peratus bermula Selasa.
  • Setiausaha Pengangkutan Sean Duffy mengumumkan pemotongan itu di Lapangan Terbang O'Hare, Chicago.
  • Kongres digesa meluluskan penyelesaian dwipartisan untuk menamatkan penutupan kerajaan.
  • Kelewatan dan pembatalan dijangka meningkat menjelang sambutan Hari Kesyukuran, tempoh perjalanan paling sibuk.
  • Penutupan kerajaan bermula 1 Oktober akibat kebuntuan rundingan perbelanjaan persekutuan.

Setiausaha Pengangkutan, Sean Duffy memaklumkan perkara berkenaan, pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare, Chicago.

Kongres disaran segera meluluskan langkah dwipartisan bagi menamatkan penutupan kerajaan, sekaligus memberi kelegaan kepada pengembara yang berdepan dengan gangguan penerbangan sebelum ini.

Beliau bagaimanapun, turut memberi amaran kelewatan dan pembatalan dijangka bertambah buruk menjelang sambutan Hari Kesyukuran yang disifatkan tempoh perjalanan paling sibu sepanjang tahun.

1 Oktober lepas bermulanya penutupan kerajaan selepas rundingan berkaitan keutamaan perbelanjaan persekutuan, buntu. – REUTERS