Pemimpin Arab Saudi kini terpaksa “mengampu” saya’ – Seloroh Trump

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyampaikan ucapan pada sidang kemuncak Future Investment Initiative (FII) Institute di Faena Forum, Miami Beach, Florida/Foto REUTERS

MIAMI, 28 Mac – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencetuskan perhatian apabila berseloroh mengenai hubungan beliau dengan kepimpinan Arab Saudi ketika berucap di sebuah forum pelaburan di Miami hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump memuji Raja dan Putera Mahkota, menyifatkan hubungan mereka rapat sejak lawatan sebelumnya.
  • Beliau bergurau Arab Saudi kini perlu berbaik dengannya susulan perubahan kedudukan AS di pentas dunia.
  • Penggunaan bahasa kesat dan nada tidak formal pada ucapan mencetuskan reaksi berbeza.
  • AS dan Arab Saudi kekal sekutu strategik dalam keselamatan, tenaga dan pelaburan.

Trump dalam ucapannya memuji Raja Arab Saudi serta Putera Mahkota negara itu, selain menyifatkan hubungan mereka sebagai rapat sejak lawatan beliau sebelum ini.

“Saya sukakan Raja Arab Saudi, seorang yang hebat… kami mempunyai hubungan yang baik dan beliau masih menyukai saya,” katanya.

Dalam nada bergurau, Trump turut mendakwa kepimpinan Arab Saudi kini perlu berbaik dengannya susulan perubahan kedudukan AS di peringkat global.

Beliau berkata, setahun lalu AS berada dalam keadaan lemah namun kini menjadi antara negara paling berpengaruh.

“Dia tidak sangka perkara ini akan berlaku… kini dia perlu berbaik dengan saya,” katanya.

Ucapan itu bagaimanapun mencetuskan reaksi berbeza susulan penggunaan bahasa kesat serta tidak formal ketika menyentuh hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

AS dan Arab Saudi merupakan sekutu strategik yang lama dalam aspek keselamatan dan ekonomi, khususnya dalam sektor tenaga dan pelaburan. – VIORY