Lima lagi terbunuh di Gaza angkara Zionis

Foto REUTERS

GAZA CITY, 18 Mei – Lima lagi terbunuh dalam keganasan terbaharu tentera Israel di wilayah Palestin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pegawai kesihatan Gaza melaporkan kematian akibat serangan dan tembakan tentera Israel pada hari Ahad.
  • Tiga terbunuh dalam serangan dron di Deir el-Balah; seorang lagi maut di Mawasi, Khan Yunis, dan seorang di Gaza City.
  • Kementerian Kesihatan: sekurang-kurangnya 871 rakyat Palestin terkorban sejak gencatan senjata bermula pada Oktober.

Pegawai kesihatan Gaza memaklumkan, kematian direkodkan dalam serangan dan tembakan tentera Zionis pada Ahad.

“Lima jenazah telah dibawa ke hospital akibat serangan Israel setakat hari ini di Gaza,” kata agensi pertahanan awam yang berfungsi sebagai pasukan penyelamat bawah Hamas.

Menurut agensi itu, tiga orang terbunuh dalam serangan dron Israel di Deir el-Balah, bahagian tengah Gaza, manakala seorang lagi maut dalam serangan di daerah Mawasi, Khan Yunis di selatan Gaza.

Tembakan Israel turut meragut nyawa seorang lagi mangsa di Gaza City.

Walaupun gencatan senjata dicapai pada Oktober, Gaza masih dibelenggu keganasan harian apabila Israel tidak putus-putus melancarkan serangan.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 871 rakyat Palestin terkorban sejak gencatan senjata bermula.

Dalam tempoh sama, tentera Israel mendakwa lima anggota tenteranya turut terbunuh di Gaza. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.