Krisis sisa pepejal gaza ancam kesihatan awam – PBB

Foto REUTERS

GAZA, 6 Jun – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa krisis sisa pepejal di Gaza kini menimbulkan ancaman segera terhadap kesihatan awam, terutama apabila tapak pelupusan sementara terletak berhampiran kawasan penempatan penduduk yang dipindahkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama sanitasi telah memindahkan kira-kira 100,000 meter padu sisa pepejal ke tapak pelupusan baharu di Abu Jarad.
  • Tapak pelupusan baharu belum boleh digunakan sepenuhnya kerana kekurangan geotekstil yang diperlukan untuk pelupusan sisa selamat.
  • Pekerja bantuan memerlukan akses selamat ke tapak pelupusan berhampiran sempadan timur Gaza untuk operasi pembersihan dan penyelenggaraan.
  • Kelewatan kelulusan dan bekalan menghalang pembersihan bahan letupan serta sisa runtuhan, menjejaskan sanitasi dan meningkatkan risiko penyakit.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric, dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan rakan kerjasama sanitasi telah memindahkan kira-kira 100,000 meter padu sisa pepejal sepanjang tiga bulan lalu dari Pasar Firas ke satu tapak pelupusan baharu di Abu Jarad.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan tapak baharu itu masih belum dapat digunakan sepenuhnya kerana kekurangan geotekstil, iaitu bahan khas yang diperlukan bagi kerja pelupusan sisa secara selamat. Bahan tersebut hanya baru diluluskan untuk dibawa masuk ke Gaza dan kini dalam proses perolehan.

Dalam masa sama, Dujarric menegaskan pekerja bantuan kemanusiaan memerlukan akses yang selamat ke kawasan tapak pelupusan berhampiran sempadan timur Gaza. Selain itu, kelulusan juga diperlukan bagi membawa masuk peralatan serta bekalan untuk membersihkan bahan letupan dan sisa runtuhan.

Beliau turut menambah, kelewatan dalam mendapatkan keperluan asas itu terus menjejaskan usaha memperbaiki keadaan sanitasi di wilayah berkenaan, sekali gus meningkatkan risiko penularan penyakit dalam kalangan penduduk.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.