Korea Utara lancar ujian peluru berpandu, cetus kemarahan negara jiran

SEOUL, 25 MacKorea Utara sekali lagi mencetuskan kemarahan negara jiran termasuk Jepun dan Seoul serta Amerika Syarikat apabila melancarkan ujian peluru berpandu balistiknya, semalam.

Menurut Presiden Korea Selatan Moon Jae-in pelancaran peluru berpandu itu disifatkan sebagai pelanggaran perjanjian terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

(Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in/FOTO AFP)

Amerika Syarikat juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Pyongyang kerana menimbulkan ketegangan serta risiko menggugat kestabilan rantau berkenaan.

Peluru berpandu itu dilepaskan petang semalam dari Wilayah Sunan.-AFP