
PARIS, 23 Mac- Ekonomi global berisiko terjejas sekiranya konflik di Asia Barat berlarutan melebihi enam bulan.
- Ketua Pegawai Eksekutif TotalEnergies memberi amaran konflik boleh menjejaskan ekonomi dunia secara nyata.
- Penutupan berkesan Selat Hormuz sebagai tindak balas boleh menggangu bekalan minyak global.
- Kira-kira 20% pengeluaran minyak global melalui Selat Hormuz; 10 juta tong sehari kini tidak dapat dieksport, sukar diganti.
Amaran itu disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tenaga Perancis, TotalEnergies, Patrick Pouyanne.
Beliau berkata, tempoh konflik yang panjang akan memberi kesan nyata kepada semua ekonomi dunia.
“Jika ia melebihi enam bulan, kita akan melihat kesan sebenar. Semua ekonomi dunia akan terjejas,” kata Pouyanne dalam temu bual bersama penyiar China, CGTN.
Menurut laporan media, penutupan secara efektif Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, sekali gus menjejaskan bekalan minyak global.
Pouyanne berkata, dalam situasi normal kira-kira 20 peratus pengeluaran minyak global melalui Selat Hormuz.
Bagaimanapun ketika ini dianggarkan hanya 10 juta minyak tong sehari tidak dapat dieksport keluar dari rantau Teluk.
“Kita tidak dapat menggantikan bekalan minyak tersebut di tempat lain di dunia,” jelas beliau.