
NEW YORK, 23 Mac – Juruterbang dan pembantu juruterbang sebuah pesawat Air Canada Express dilaporkan maut selepas pesawat itu bertembung dengan sebuah kenderaan ketika mendarat di Lapangan Terbang LaGuardia, New York.
- Pesawat membawa 76 penumpang melanggar sebuah jentera bomba semasa mendarat.
- Kejadian menyebabkan operasi lapangan terbang berkenaan ditutup sementara.
- Laporan media antarabangsa memaklumkan empat individu termasuk kru dilaporkan cedera.
- Kenderaan dikendalikan polis; seorang sarjan dan seorang anggota mengalami patah anggota badan tetapi stabil, siasatan dijalankan.
Pesawat yang membawa 76 penumpang itu dilaporkan melanggar sebuah jentera bomba ketika mendarat.
Kejadian itu turut menyebabkan operasi lapangan terbang berkenaan ditutup sementara.
Laporan media antarabangsa sebelum ini memaklumkan, empat individu termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang cedera dalam insiden tersebut.
Kenderaan yang terlibat dilaporkan dikendalikan anggota polis, dengan seorang sarjan dan seorang anggota mengalami kecederaan patah anggota badan namun berada dalam keadaan stabil di hospital.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan memaklumkan siasatan sedang djalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.-REUTERS