Iran rangka syarat tamatkan perang dengan AS, Israel

Foto REUTERS

TEHRAN, 28 Mac – Jurucakap tentera Iran memaklumkan negara itu sedang merangka syarat untuk menamatkan konflik yang sedang berlangsung dengan Israel dan United States.

RINGKASAN BERITA AI
  • Iran mempunyai kekuatan ketenteraan besar dan kelebihan strategik yang boleh menentukan keputusan konflik.
  • Amaran bahawa Amerika Syarikat dan Israel akan dipaksa menerima realiti kekuatan Iran.
  • Kedua negara kini menyedari keupayaan tentera Iran dan ketahanan rakyatnya selepas berdepan situasi nyata di medan perang.
  • Konflik kini memasuki bulan pertama; Iran melancarkan beberapa serangan balas ke atas sasaran AS dan Israel di seluruh Asia Barat.

Menurut beliau, Iran memiliki kekuatan ketenteraan yang besar serta kelebihan strategik di medan perang yang mampu menentukan keputusan akhir konflik, sekali gus memberi amaran bahawa Amerika Syarikat dan Israel akan “dipaksa” menerima hakikat tersebut.

Jurucakap itu turut mendakwa kedua-dua negara berkenaan kini menyedari keupayaan angkatan bersenjata Iran dan ketahanan rakyatnya selepas berdepan situasi sebenar di medan perang.

Beliau menasihatkan Amerika Syarikat dan Israel supaya menerima realiti tersebut serta kembali kepada pendekatan rasional dalam masa terdekat.

Konflik melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran kini memasuki tempoh sebulan sejak Washington dan Tel Aviv melancarkan serangan udara bersepadu terhadap Iran pada 28 Februari lalu.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan beberapa siri serangan ke atas sasaran Amerika Syarikat dan Israel di seluruh Asia Barat. – REUTERS