Hujan lebat di Galapagos: Seorang maut, 2,000 keluarga terjejas

Foto AFP

QUITO, 1 November -Sekurang-kurangnya seorang maut, manakala dua individu dilaporkan hilang dan kira-kira 2,000 keluarga terjejas akibat hujan lebat yang melanda Kepulauan Galapagos.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hujan lebat dipercayai berkaitan fenomena El Nino.
  • Datuk Bandar Fanny Uribe sifatkan kejadian sebagai fenomena luar biasa yang belum pernah berlaku.
  • Penduduk terpaksa memindahkan barangan ke kawasan lebih selamat susulan hujan lebat.
  • Taman Negara Galapagos menutup empat lokasi di Pulau Santa Cruz dan dua di Pulau San Cristobal sebagai langkah keselamatan.

Hujan lebat yang dipercayai berkaitan dengan fenomena El Nino itu mula melanda pada petang Jumaat.

Datuk Bandar Pulau Santa Cruz, Fanny Uribe berkata, kejadian itu merupakan fenomena luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini di pulau berkenaan.

Menurutnya, penduduk terpaksa menyelamatkan barangan masing-masing ke kawasan yang lebih selamat susulan kejadian itu.

Anggaran awal pihak berkuasa perbandaran Santa Cruz mendapati kira-kira 2,000 keluarga terjejas, dengan sebahagian daripada mereka kehilangan hampir kesemua harta benda.

Susulan kejadian itu, Taman Negara Galapagos menutup empat lokasi pelancongan di Pulau Santa Cruz dan dua lagi di Pulau San Cristobal sebagai langkah keselamatan.

Kepulauan Galapagos mempunyai kira-kira 28,500 penduduk yang menetap di empat buah pulau. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.