
SAN FRANCISCO, 7 Ogos – Mahkamah di Amerika Syarikat (AS) mendenda gergasi teknologi, Meta, sebanyak AS$567 juta (kira-kira RM2.5 bilion) serta mengarahkan menyekat beberapa fungsi pada platform Facebook dan Instagram milik syarikat itu kerana didapati mewujudkan gangguan awam yang membahayakan pengguna muda.
- Peguam Negara New Mexico anggap keputusan sebagai kemenangan besar bagi ibu bapa dan keselamatan kanak-kanak dalam talian.
- Hakim memerintahkan had makluman push dan penggunaan maksimum 90 jam sebulan untuk pengguna bawah 18 tahun.
- Jumlah 'like' disembunyikan dan langkah ketat diperkenalkan untuk menghalang kanak-kanak bawah 13 tahun mendaftar akaun.
Peguam Negara New Mexico, Raul Torrez menyifatkan keputusan tersebut sebagai kemenangan besar buat golongan ibu bapa dan anak-anak.
“Keputusan ini adalah kemenangan bagi setiap ibu bapa yang bimbang tentang kesan media sosial terhadap anak mereka dan setiap kanak-kanak yang berhak dibesarkan dengan selamat dalam talian.
Syarikat teknologi terbesar dunia tidak boleh meraih keuntungan daripada amalan yang membahayakan golongan muda tanpa sebarang tindakan undang-undang,” katanya.
Hakim Bryan Biedscheid dalam penghakimannya mengarahkan Meta mengehadkan penetapan makluman (push notifications) serta mengehadkan penggunaan platform tersebut kepada 90 jam sebulan bagi pengguna bawah 18 tahun atau purata kira-kira tiga jam sehari.
Selain fungsi jumlah ‘like’ disembunyikan dan tindakan lebih ketat diambil bagi memastikan kanak-kanak bawah 13 tahun tidak mendaftar akaun Facebook atau Instagram.- AFP