Fenomena gerhana matahari penuh pada 12 Ogos

Gambar Hiasan

WASHINGTON, 7 Ogos – Fenomena gerhana matahari penuh dijangka bakal berlaku pada 12 Ogos ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Boleh disaksikan dari Sepanyol, Greenland, Iceland, Rusia dan sebahagian wilayah Portugal.
  • Bulan akan bergerak antara matahari dan bumi, menutupi keseluruhan permukaan matahari dalam laluan sempit di bumi.
  • Suasana waktu siang berubah menjadi gelap seolah-olah waktu senja atau fajar.
  • Kejadian sering mengelirukan haiwan nokturnal yang menyangka malam telah tiba.

Menurut Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), ia boleh disaksikan dari Sepanyol, Greenland, Iceland, Rusia serta sebahagian wilayah Portugal.

Fenomena ini menyebabkan bulan akan bergerak merentasi laluan di antara matahari dan bumi, lalu menutupi keseluruhan permukaan matahari di sepanjang laluan sempit di permukaan bumi.

“Ketika itu, suasana waktu siang berubah menjadi gelap seolah-olah waktu senja atau fajar.

Kejadian ini juga sering mengelirukan haiwan nokturnal yang menyangka waktu malam telah tiba,” katanya.

Sebelum ini, fenomena gerhana matahari penuh pernah disaksikan di Amerika Syarikat dan Mexico pada tahun 2024, Antartika (2021) serta Chile pada 2019.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.