Arab Saudi, Pakistan dan Turkiye meterai Perjanjian Pertahanan Bersama

Foto REUTERS

RIYADH, 7 Ogos – Arab Saudi, Pakistan dan Turkiye secara rasmi menandatangani perjanjian pertahanan bersama bagi memperkukuh kerjasama keselamatan serantau berikutan pergolakan dan konflik ketenteraan yang semakin meruncing di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Terma perjanjian menetapkan sebarang serangan bersenjata ke atas salah satu dianggap serangan ke atas kesemua.
  • Perdana Menteri Pakistan dan Ketua Staf Tentera mengadakan perbincangan peringkat tinggi dan menunaikan umrah di Makkah.
  • Presiden Turkiye berlepas ke Arab Saudi untuk pertemuan khusus dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman.
  • Serangan oleh Iran, Houthi dan kumpulan Syiah mendorong langkah ini, dijangka mengubah dinamik keselamatan dan imbangan kuasa rantau.

Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan pada Khamis mengesahkan terma utama perjanjian tersebut menetapkan sebarang serangan bersenjata ke atas salah satu daripada tiga negara berkenaan akan dianggap sebagai serangan ke atas kesemuanya.

Pementeraian perjanjian bersejarah ini menyusul sehari selepas Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, yang diiringi Ketua Staf Tentera, Jeneral Asim Munir, tiba di Arab Saudi untuk mengadakan perbincangan peringkat tinggi serta menunaikan ibadah umrah di Makkah.

Pada masa sama, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan turut berlepas ke Arab Saudi pada Jumaat bagi mengadakan pertemuan khusus dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman.

Langkah strategik ini diambil susulan siri serangan yang melanda wilayah Arab Saudi oleh Iran, kumpulan Houthi dari Yaman serta kumpulan bersenjata Syiah dari Iraq berikutan ketegangan geopolitik yang tercetus selepas serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari lalu.

Perjanjian trilateral ini dijangka bakal mengubah dinamik keselamatan dan imbangan kuasa di rantau berkenaan, sekali gus membentuk pakatan pertahanan baharu yang lebih ampuh di dunia Islam.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.