Ekonomi Argentina berkembang 2.3 peratus, didorong sektor eksport

Foto Hiasan

BUENOS AIRES, 24 Jun – Ekonomi Argentina mencatatkan pertumbuhan sebanyak 2.3 peratus pada suku pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Prestasi eksport yang memberangsangkan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi.
  • Pertumbuhan tidak sekata; pertanian, perikanan, perlombongan dan kewangan positif, pembuatan serta perdagangan runcit menurun.
  • Pengecualian cukai 30 tahun menarik pelaburan besar yang disalurkan ke perlombongan dan sektor hidrokarbon.
  • Penganalisis bimbang strategi ini kurang manfaat pekerjaan; perlombongan tidak menyerap tenaga kerja tinggi dan bergantung kepada eksport.

Menurut Institut Statistik Kebangsaan (INDEC) pada Selasa, lonjakan tersebut didorong terutamanya oleh prestasi memberangsangkan dalam sektor eksport.

Bagaimanapun, data yang dikeluarkan oleh INDEC menunjukkan trend pertumbuhan yang tidak sekata.

Walaupun beberapa sektor utama seperti pertanian, perikanan, perlombongan dan kewangan mempamerkan prestasi positif, sektor lain termasuk pembuatan dan perdagangan runcit sebaliknya mencatatkan penurunan.

Dalam pada itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara Amerika Selatan tersebut turut meningkat sebanyak 0.7 peratus berbanding suku keempat tahun sebelumnya.

Pertumbuhan ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh langkah agresif pentadbiran Presiden Javier Milei, yang memperkenalkan pengecualian cukai selama 30 tahun bagi menarik modal berbilion ringgit.

Pelaburan tersebut kemudiannya disalurkan terus ke dalam sektor perlombongan dan hidrokarbon negara.

Bagaimanapun, penganalisis melihat strategi ini mempunyai kekangan tersendiri dari sudut pasaran buruh domestik.

“Sektor-sektor yang sedang berkembang pesat seperti perlombongan tidak menawarkan pengambilan pekerja yang tinggi dan aktiviti mereka lebih bergantung kepada pasaran eksport,” kata Ketua Ekonomis di Epyca Consultores, Florencia Fiorentin.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.