Bangunan tinggi di New York dikosongkan, amaran risiko runtuh

Foto AFP

NEW YORK, 8 Julai – Sebuah bangunan tinggi yang sedang dalam pembinaan di New York City dikosongkan pada Selasa selepas didapati berisiko runtuh, menurut pihak berkuasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bangunan pejabat lebih 30 tingkat pernah menempatkan pejabat syarikat farmaseutikal Pfizer.
  • Laporan batu bata jatuh; dua tiang sokongan melengkung dan beberapa tingkat atas menunjukkan mendapan.
  • Pekerja binaan segera dipindahkan; bangunan berhampiran dan sebuah sekolah dengan kira-kira 400 kanak-kanak dikosongkan.
  • Tiada kecederaan dilaporkan dan semua pekerja disahkan selamat.

Bangunan pejabat setinggi lebih 30 tingkat di East 42nd Street, Midtown Manhattan, berhampiran Grand Central Terminal itu pernah menempatkan pejabat syarikat farmaseutikal Pfizer.

Pegawai Jabatan Bomba New York berkata mereka menerima laporan pada pagi Selasa mengenai batu-bata yang jatuh ke jalan.

Dua tiang sokongan bangunan itu didapati melengkung, manakala beberapa tingkat atasnya mengalami mendapan.

Pihak berkuasa berkata pekerja binaan segera dipindahkan dari bangunan berkenaan, manakala bangunan berhampiran turut dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada sidang media, Datuk Bandar New York Zohran Mamdani berkata sebuah sekolah yang menempatkan kira-kira 400 kanak-kanak berhampiran lokasi bangunan itu turut dikosongkan.

Tiada kecederaan dilaporkan dan semua pekerja disahkan selamat, menurut pegawai. – BERNAMA-XINHUA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.