Arab Saudi pintas 51 dron di Wilayah Timur

ISTANBUL, 21 Mac– Kementerian Pertahanan Arab Saudi pada Sabtu memaklumkan bahawa ia telah memintas dan memusnahkan 51 dron di Wilayah Timur kerajaan itu, ketika negara berkenaan berdepan gelombang serangan udara yang berterusan semalaman, lapor Anadolu Ajansi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian tidak menyatakan punca dron berkenaan.
  • Arab Saudi sebelum ini mengecam serangan Iran terhadap negara-negara Arab sebagai tindak balas kepada perang AS-Israel terhadap Iran.
  • Ketegangan serantau meningkat sejak serangan gabungan AS dan Israel ke atas Iran pada 28 Feb, mengakibatkan kira-kira 1,300 kematian.
  • Iran membalas dengan peluru berpandu dan dron menyerang aset Israel dan AS di beberapa negara Arab, menyebabkan korban dan kerosakan infrastruktur.

Kementerian itu tidak menyatakan punca dron berkenaan, namun sebelum ini negara itu pernah mengecam serangan Iran yang menyasarkan negara Arab sebagai sebahagian daripada tindak balas Tehran terhadap perang Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran.

Serangan itu berlaku di tengah-tengah peningkatan ketegangan serantau yang lebih luas sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb, yang mengorbankan kira-kira 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ali Khamenei.

Iran telah bertindak balas dengan melancarkan peluru berpandu dan dron menyasarkan aset serta kepentingan Israel dan Amerika Syarikat di seluruh negara Arab. Beberapa serangan berkenaan telah menyebabkan kemalangan jiwa dan kerosakan kepada infrastruktur awam, sekali gus mengundang kecaman daripada negara yang menjadi sasaran.- BERNAMA