fb fb fb fb fb

Saham TSA bermula positif di Bursa Malaysia

Pengarah Urusan Kumpulan TSA, Chew Kuan Fah (tengah) pada Majlis Penyenaraian TSA di Pasaran ACE Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Februari- Dagangan sulung TSA Group Bhd; TSA di Pasaran ACE Bursa Malaysia bermula positif apabila mencatat premium tiga sen kepada 58 sen berbanding harga tawaran awam permulaannya pada 55 sen.

Lebih 10.95 juta saham didagangkan ketika bursa tempatan dibuka pagi tadi.

Saham syarikat perkakasan industri dan pengeluar produk logam itu turut mencatat lebih langganan sebanyak 8.62 kali selepas pelancaran IPOnya setakat 19 Januari lalu.

Menerusi sasaran dana berjumlah RM42.53 juta, RM20 juta akan dibelanjakan bagi penyelesaian pinjaman dalam tempoh lima bulan selepas penyenaraian.

RM5.1 juta akan dibelanjakan untuk peluasan kilang pembuatan di Semenyih yang merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan, manakala selebihnya untuk modal kerja dan perbelanjaan penyenaraian.

Kerja-kerja pembinaan kilang dijangka bermula pada suku ketiga 2024 dan dijadual memulakan operasi pada suku ketiga 2026.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE