fb fb fb fb fb

Ringgit ditutup tinggi berbanding Dolar As

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Oktober- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat selepas hasil perbendaharaan AS 10 tahun menyusut, yang diharapkan menurunkan inflasi.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7750/7800 berbanding dolar AS daripada 4.7855/7885 sewaktu ditutup pada Khamis.

Seorang penganalisis berkata pengukur inflasi yang menjadi keutamaan Rizab Persekutuan AS iaitu Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Teras akan dikeluarkan lewat malam ini.

Pasaran meramalkannya akan meningkat 0.3 peratus bulan ke bulan.

Di dalam negara, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1827/1862 daripada 3.1838/1860 sewaktu ditutup pada Khamis, meningkat berbanding euro kepada 5.0438/0491 daripada 5.0468/0500, namun rendah daripada pound Britain kepada 5.7945/8005 daripada 5.7847/7883 semalam.

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang Asean lain.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4867/4906 daripada 3.4900/4925 semalam, mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.1808/2008 daripada 13.1952/2097, menokok daripada peso Filipina kepada 8.38/8.39 daripada 8.40/8.41 dan tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 299.5/300.0 daripada 300.5/300.9.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN