fb fb fb fb fb

Penubuhan enam hab perkhidmatan global, pelaburan lebih RM3 bilion berjaya diperoleh

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 25 Julai- InvestKL memperoleh nilai pelaburan berjumlah RM3.3 bilion dan mewujudkan 3,389 pekerjaan bernilai tinggi melalui penubuhan enam hab perkhidmatan global.

Penubuhan hab oleh firma Amerika Syarikat, Eropah dan Asia itu mengukuhkan tarikan Greater Kuala Lumpur sebagai destinasi pelaburan utama, disebalik cabaran global.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Muhammad Azmi Zulkifli berkata, ia disokong inisiatif memudahkan urusan perniagaan, infrastruktur kukuh, bakat mahir dan ekosistem kondusif.

Sehingga kini, InvestKL telah menarik kehadiran 140 Hab Perkhidmatan Global oleh syarikat terkemuka yang menggaji 27,000 pekerja dengan purata gaji bulanan RM17,000.

Prospek ekonomi yang stabil dan usaha rasionalisasi turut menyumbang kepada lonjakan dalam pelaburan langsung asing (FDI).

Peningkatan pelaburan dapat dilihat dalam teknologi digital, termasuk perisian, inovasi hijau dan pusat data.

InvestKL akan terus memberi tumpuan untuk menarik perkhidmatan global daripada sektor utama seperti digital dan teknologi, teknologi kesihatan dan tenaga boleh diperbaharui.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE