fb fb fb fb fb

Penerbangan tengah malam pada kadar tambang tetap, Anthony Loke hargai AirAsia

Tangkap layar video gulungan di Facebook Anthony Loke

KUALA LUMPUR, 10 Februari- Sempena Tahun Baharu Cina, AirAsia menyediakan penerbangan tengah malam pada kadar tambang tetap ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

Justeru, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menzahirkan ucapan terima kasih kepada syarikat penerbangan tambang murah itu kerana menyokong inisiatif kerajaan.

Menerusi hantaran di Facebook, Anthony Loke menyatakan tambang serendah RM298 yang disediakan syarikat itu dilihat mampu milik dan memberi peluang kepada orang ramai balik ke kampung halaman untuk menyambut Tahun Baharu Cina.

Pada 15 Disember tahun lalu, Anthony Loke mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberi subsidi kepada pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi melebihi RM599.

Ini bagi perjalanan sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan, selama tiga hari sebelum musim perayaan utama termasuk Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Kaamatan, Hari Gawai dan Krismas.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE