fb fb fb fb fb

Operasi BNM bantu kadar jangka pendek untuk kekal stabil

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 31 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM50.48 bilion dan RM19.87 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat mengadakan tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta selama tujuh hari, tender Qard bernilai RM300 juta bertempoh tujuh hari serta dua tender repo berbalik RM1.5 bilion (30 hari) dan RM500 juta (92 hari).

Selain itu, ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, bank pusat akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM51.5 bilion dan tender semalaman murabahah sebanyak RM19.7 bilion.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM