fb fb fb fb fb

Operasi BNM bantu kadar antara bank jangka pendek kekal stabil

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 28 November- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM38.95 bilion dan RM26.46 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional melibatkan tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari.

Ia turut mengendalikan dua tender repo rizab RM1 bilion masing-masing untuk jangka masa 30 hari dan 92 hari serta tender Qard RM500 juta selama tujuh hari.

Selain itu, BNM akan mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM39.5 bilion dan tender semalaman murabahah RM26.0 bilion.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE