fb fb fb fb fb

Bursa Malaysia meterai MoC dengan UNGCMYB

FOTO BURSA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 28 November- Bursa Malaysia Bhd menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan United Nations Global Compact Network Malaysia dan Brunei (UNGCMYB) dalam memajukan keupayaan dan pembinaan kapasiti kemampanan Malaysia.

Menerusi kenyataan bersama, kedua-dua syarikat itu berkata, menerusi kerjasama berkenaan kedua-dua pihak akan meneroka beberapa inisiatif termasuk membangunkan program atau pensijilan berkaitan kemampanan.

Program atau pensijilan berkaitan kemampanan tersebut akan menyokong peningkatan kemahiran pengamal kemampanan syarikat senaraian awam, PLC dan perusahaan kecil dan sederhana, PKS.

Kerjasama terdahulu telah menghasilkan Rangka Kerja Kecekapan Pengamal Kemampanan Korporat pada 2021.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift berkata program pembinaan kapasiti kemampanan untuk syarikat-syarikat Malaysia adalah penting dalam memastikan syarikat dapat mengisi jurang dalam kumpulan bakat kemampanan.

Ia menunjukkan syarikat tersenarai ke arah meningkatkan kemahiran kemampanan pekerja mereka.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE