fb fb fb fb fb

Niaga hadapan MSM ditutup tinggi

(Foto Fail)

KUALA LUMPUR, 12 Oktober - Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Khamis, didorong jangkaan eksport lebih tinggi bagi Oktober yang terus menambah baik sentimen, kata Peniaga Minyak Sawit, David Ng.

Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia menerusi laman webnya, ini kerana cukai eksport Oktober bagi MSM dikekalkan pada lapan peratus serta harga rujukan yang lebih rendah.

Harga rujukan adalah pada RM3,710.50 satu tan bagi Oktober, manakala harga rujukan September adalah RM3,755.13 satu tan.

Ng berkata harga minyak mentah yang lebih kukuh, kini berada di atas US$85 setong, turut menyokong pasaran.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM3,550 satu tan dan rintangan pada RM3,700 satu tan,” katanya kepada BERNAMA.

Di peringkat tempatan, kontrak bagi Oktober 2023, November 2023 dan Januari 2023 masing-masing menokok RM88 kepada RM3,618; RM3,614 dan RM3,659 satu tan manakala Disember 2023 meningkat RM87 kepada RM3,638 satu tan.

Februari 2024 menambah RM83 kepada RM3,677 satu tan dan Mac 2024 naik RM84 kepada RM3,693 satu tan.

Jumlah dagangan susut kepada 92,200 lot daripada 95,027 pada Rabu manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 234,450 kontrak daripada 234,302 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan menokok RM40 kepada RM3,620 satu tan, daripada harga ketika ditutup semalam.- BERNAMA


(Foto Fail)

Media Baharu