fb fb fb fb fb

Niaga hadapan KLIBOR dijangka tidak berubah minggu depan

KUALA LUMPUR, 21 Oktober - Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka tidak berubah dan kekal lengang pada minggu depan.

Malah, pada minggu urus niaga yang baru berakhir, kontrak-kontrak niaga hadapan tidak diniagakan dengan jumlah dagangan dan kepentingan terbuka kekal sifar.

Kontrak bulan semerta November 2023, Disember 2023 dan Mac 2024 semuanya terikat pada 97.23.

Pendasar KLIBOR tiga bulan berada pada 3.63 peratus pada sesi urus niaga minggu ini. - BERNAMA

(FOTO HIASAN)

Media Baharu