fb fb fb fb fb

SkyWorld tingkat keuntungan, dividen interim pertama dibayar Januari 2026

Permintaan kediaman bandar berpatutan / Foto Skyworld

KUALA LUMPUR, 21 November – Pemaju hartanah, SkyWorld Development Berhad mencatat prestasi suku kedua memberangsangkan dengan peningkatan hasil sebanyak 16.2% kepada RM86.7 juta.

Keuntungan sebelum cukai pula melonjak 71.1% kepada RM9.6 juta, manakala keuntungan selepas cukai meningkat dua kali ganda kepada RM7.9 juta.

Nilai jualan yang belum direalisasikan turut meningkat kepada RM589 juta setakat 30 September.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun kewangan, syarikat mencatatkan hasil RM161.3 juta dengan keuntungan sebelum cukai, RM15.2 juta dan keuntungan selepas cukai mencecah RM10.8 juta.

Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Chee Seng memaklumkan permintaan kepada kediaman bandar yang berpatutan dan berkualiti terus kukuh, walaupun sentimen pasaran berhati-hati.

Syarikat hartanah itu, terus berada dalam posisi kewangan yang kukuh dengan baki tunai RM320.9 juta dan nisbah hutang bersih yang rendah.

Sekali gus memenuhi komitmen Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM4.6 bilion menjelang 2026.

Lembaga Pengarah turut mengumumkan dividen interim pertama sebanyak 0.22 sen sesaham, yang bakal dibayar pada Januari 2026.

FAUZIAH ABD RAHMAN