fb fb fb fb fb

MISC perkukuh peralihan tenaga, tandatangani kontrak pembinaan 2 kapal Suezmax Dual-Fuel LNG

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 22 November -Kumpulan MISC memperkukuh strategi peralihan tenaga dengan menandatangani kontrak pembinaan dua kapal Suezmax Dual-Fuel (LNG) melalui bahagian Perkapalan Petroleum dan Produknya, AET.

Kedua-dua kapal akan beroperasi bawah pajakan jangka panjang, sekali gus mengukuhkan kedudukan kewangan serta menyokong pertumbuhan mampan kumpulan itu.

Dengan perjanjian itu, MISC kini mempunyai keupayaan sistem dwi-tenaga dalam semua segmen kapal tangki yang dioperasikannya.

Ia menandakan pelaburan berterusan syarikat itu dalam teknologi perkapalan yang lebih bersih dan cekap tenaga, selari dengan komitmen global ke arah sifar bersih.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Zahid Osman dalam kenyataan berkata, 21 kapal baharu dijangka menyertai armada dalam dua hingga tiga tahun akan datang sebagai sebahagian daripada pembaharuan

"Strategi ini bukan sahaja memodenkan armada tetapi juga mengukuhkan aliran tunai jangka panjang serta memastikan syarikat kekal kompetitif dalam usaha pengurangan karbon global," katanya menerusi kenyataan itu.

Beliau menegaskan, pelaburan tersebut mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju maritim dengan nilai mampan bagi pemegang saham serta ekosistem maritim.

TETITIA YUSOFF