fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi dalam dagangan awal

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 15 Mei- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi pada sesi dagangan awal hari ini.

Pada pukul 9.23 pagi, bulan semasa Mei 2024 dan Jun 2024, masing-masing menambah 2.0 mata kepada 1,610.5 dan 1,611.50, September 2024 naik 0.5 mata kepada 1,598.0 manakala Disember 2024 sebanyak 1,603.5.

Jumlah dagangan sebanyak 597 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 45,480 kontrak.

FBM KLCI naik 0.74 mata kepada 1,606.62 selepas 42 minit dagangan.- BERNAMA

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM