fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI rendah dalam dagangan awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pagi ini.

Pada pukul 9.26 pagi, bulan semasa Julai 2024 merosot 9.5 mata kepada 1,640.0, Ogos 2024 dan Disember 2024, masing-masing berkurangan 9.0 mata kepada 1,643.0 dan 1,634.0 serta September 2024 susut 10.5 mata kepada 1,626.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,970 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 48,115 kontrak.

Pada pukul 9.56 pagi, FBM KLCI merosot 7.32 mata kepada 1,629.23. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA