fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI rendah dalam dagangan awal

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Februari- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal pada Isnin.

Pada 9.43 pagi, Februari 2024 dan September 2024, masing-masing merosot 1.0 mata kepada 1,551.0 dan 1,528.0, Mac 2024 berkurangan setengah mata kepada 1,534.0 dan Jun 2024 susut 2.5 mata kepada 1,538.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,945 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 59,192 kontrak.

Pada 9.49 pagi, FBM KLCI naik 3.25 mata kepada 1,552.36.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN