fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 16 Julai - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan penurunan di pasaran tunai pendasar.

Pada sesi penutup dagangan, kontrak Julai 2025 turun 17.5 mata kepada 1,505.50, Ogos 2025 susut 17.0 mata kepada 1,504.0, September 2025 berkurangan 16.5 mata kepada 1,486.0, dan Disember 2025 jatuh 14.5 mata kepada 1,487.50.

Jumlah dagangan menyusut kepada 5,471 lot daripada 4,585 pada hari Selasa, manakala kepentingan terbuka susut kepada 39,298 kontrak daripada 40,452 sebelumnya.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 13.90 mata kepada 1,511.50 daripada paras penutup 1,525.40 pada Selasa. -BERNAMA

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN