KUALA LUMPUR, 1 Mac- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka bercampur-campur pada Jumaat.
Pada pukul 9.46 pagi, Mac 2024 merosot 0.5 mata kepada 1,539.0, Jun 2024 naik 2.0 mata kepada 1,542.0 dan September 2024 berkurangan 1.5 mata kepada 1,532.0.
Jumlah dagangan sebanyak 2,216 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 54,045 kontrak.
Pada pukul 9.55 pagi, FBM KLCI naik 1.93 mata kepada 1,553.37.- BERNAMA