fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI bercampur-campur dalam dagangan awal

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 22 Februari- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives bercampur-campur dalam dagangan awal pada Khamis.

Pada pukul 9.17 pagi, Februari 2024 dan Mac 2024, masing-masing berkurangan 0.5 mata kepada 1,554.0 dan 1,535.0 manakala Jun 2024 meningkat 0.5 mata kepada 1,541.5 dan September 2024 menambah 1.5 mata kepada 1,533.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,985 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 51,798 kontrak.

FBM KLCI susut 2.17 mata kepada 1,550.23 selepas 18 minit dagangan.- BERNAMA

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM