fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi niaga hadapan emas COMEX yang positif / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Jun - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi niaga hadapan emas COMEX yang positif.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2024 naik kepada AS$2,334.40 setiap auns troy daripada AS$2,330.00 setiap auns troy semalam manakala Julai 2024 meningkat kepada AS$2,341.30 setiap auns troy daripada AS$2,336.80 setiap auns troy sebelum ini.

Kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024, semuanya ditutup tinggi kepada AS$2,357.20 setiap auns troy daripada AS$2,352.80 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan turun kepada enam lot daripada 13 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka susut kepada 27 kontrak daripada 37 kontrak.

Menurut London Bullion Market Association pada 24 Jun, harga emas fizikal berada pada AS$2,328.75 setiap auns troy.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN