fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 10 November - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini susulan kenyataan yang cenderung menaikkan kadar faedah oleh Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell berhubung dasar monetari AS pada Khamis.

Pada penutup dagangan, kontrak November 2023 meningkat kepada US$1,959.60 setiap auns troy daripada US$1,953.50 setiap auns troy ketika ditutup semalam, Disember 2023 naik kepada US$1,970.10 setiap auns troy daripada US$1,964.00 setiap auns troy, dan Januari 2024 meningkat kepada US$1,979.80 setiap auns troy daripada US$1,973.70 setiap auns troy (US$1=RM4.71).

Kontrak Februari 2024, April 2024 dan Jun 2024 semuanya ditutup pada US$1,988.70 setiap auns troy.

Jumlah dagangan melonjak kepada 95 lot daripada 58 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 185 kontrak daripada 236 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$1,957.45 setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 9 November. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF