fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Januari- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2024 meningkat kepada US$2,041.50 setiap auns troy daripada US$2,041.10 setiap auns troy pada Selasa manakala Februari 2024 menokok kepada US$2,051.90 setiap auns troy daripada US$2,051.70 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak bagi Mac 2024, April 2024 dan Jun 2024 semuanya naik kepada US$2,058.40 setiap auns troy daripada US$2,058.20 setiap auns troy.

Jumlah dagangan turun kepada 39 lot daripada 51 lot manakala kepentingan terbuka merosot kepada 118 kontrak daripada 147 kontrak.

Menurut London Bullion Market Association pada 9 Jan, harga emas fizikal berada pada US$2,034.90 setiap auns troy.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN