fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 26 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat seiring dengan emas di Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat dalam keadaan situasi tidak menentu yang dikaitkan dengan krisis Timur Tengah.

Pada penutupan dagangan, kontrak bagi Oktober 2023 meningkat kepada US$1,990.00 setiap auns troy daripada US$1,973.70 semalam, manakala November 2023 menokok kepada US$2,000.00 setiap auns troy daripada US$1,983.70. Disember 2023 naik kepada US$2,010.50 daripada US$1,994.20 setiap auns troy.

Kontrak bagi Januari 2024, Februari 2024 dan April 2024 semuanya ditutup pada US$2,018.18 setiap auns troy.

Jumlah dagangan menambah kepada 246 lot daripada 127 pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 463 kontrak daripada 335 sebelum ini.

Harga emas fizikal pada US$1,983.30 setiap auns troy seperti yang diterbitkan Persatuan Pasaran Jongkong London semasa penetapan pada 25 Oktober- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM