fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah seiring prestasi Comex

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 4 Disember- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah, menjejaki prestasi niaga hadapan di Comex, Amerika Syarikat.

Pada akhir urus niaga, Disember 2023 susut kepada US$2,047.50 setiap auns troy daripada US$2,056.70 pada Jumaat, Januari 2024 berkurangan pada 2,056.40 daripada US$2,056.70 setiap auns troy manakala Februari 2024, April 2024 dan Jun 2024 pada US$2,065.30 setiap auns troy.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 12 lot daripada 21 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka merosot kepada 236 kontrak daripada 245 kontrak sebelum ini.

Harga fizikal emas pula berada pada US$2,045.40 setiap auns troy, demikian menurut penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 1 Dis, 2023.- BERNAMA



NIZAHA BINTI ABDUL KAREM